Thursday, 20 December 2012

Adakah Perkakasan (tools) Anda dalam Keadaan yang Baik?

Bagaimana anda tahu perkakasan (tools) anda menghasilkan keputusan yang betul? Soalan ini kerap kali ditanya di mahkamah. Jawapannya mudah sahaja...Sebelum menggunakannya untuk kerja forensik, saya test perkakasan tersebut dahulu.

Jadi bagaimana mahu test perkakasan anda?
*Andaian saya anda menggunakan EnCase @ FTK.

Mudah juga. Ambil satu pendrive. Dapatkan hash value nya. Ulang proses yang sama terhadap pendrive tersebut, tetapi menggunakan tool hash yang berbeza, untuk memastikan hash value nya memang betul. Labelkan pendrive ini sebagai S&C (Standard & Control).

Setiap kali anda membuat kerja-kerja forensik, sebelum memulakannya, sila test perkakasan anda dengan mendapatkan hash value S&C ini. Jika hasilnya sama, bermakna perkakasan anda adalah dalam keadaan yang baik.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a comment